Cari Blog Ini

Rabu, 9 Mac 2011

Persediaan Sebelum Bertanding

Assalamualaikum dan salam bloggers...
Dah lama x menjenguk sambil menambah cerita di blog ini :) Bukan lupa tapi x ingat ya...
Kali ini, kami ingin berkongsi cerita mengenai, well, persediaan sebelum bertanding..
Esok, 10hb Mac 2011 bakal menjadi tarikh bersejarah bagi 6 orang atlit harapan SK Pekan Tambunan yang akan bertarung tenaga dengan rakan sekolah lain di Temasya Sukan & Olahraga PPKI Peringkat Pedalaman Atas yang kali ini, akan diadakan di Kompleks Sukan Tenom...
Wah, meriah saja bunyinya...kali ini, penganjur turut meminta para kontinjen menyediakan perbarisan bagi memeriahkan lagi suasana pertandingan..Ini baru kita katakan bersukan...Selalu, pertandingan ini dijalankan dengan ala kadar..Sekadar memenuhi syarat dengan memilih atlit2 yang akan mewakili bahagian Pedalaman Atas (Tambunan, Keningau, Nabawan dan Tenom)...Agak sedih juga tapi apakan daya, kurang pengalaman dan ongkos katakan...
Xpa...kita kan budak baru belajar...sama2 memperbaiki diri dengan pengalaman lalu..
Kali ini, kontijen Tambunan turut akan menghantar 12 atlit dari SMK Nambayan dan seorang lagi Atlit Junior dari Kelas PPKI SK Patau (baru sahaja ditubuhkan awal tahun ini)...
Alhamdulilah...Penyertaan nampaknya mengalakkan..
Semoga persediaan yang telah kami buat sepanjang 2 minggu ini bakal menghasilkan pejuang2 PPKI Tambunan yang baik...Cikgu2 semua pasti akan menyokong kamu semua :)

Berlatih relay :) Comel kan 


Kuat lagi adik Lefris (wakit tunggal dari PPKI SK Patau)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan