Cari Blog Ini

Jumaat, 13 Ogos 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Kelas Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) Peringkat SK Pekan Tambunan











Wah,masuk ja bulan 8 semua rakyat Malaysia bersemangat mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan negeri masing2..nilah sikap patrotisme yang patut kita terapkan di dalam diri masing - masing...




Hari ni, semangat sungguh murid - murid kelas PKBP SK Pekan Tambunan membantu guru mereka menaikkan dan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah...Masing - masing menunjukkan bakat nak mengikat bendera di tiang buluh :)




Jadi untuk para pembaca, kalau murid Pendidikan Khas boleh buat kenapa tidak kita :) renung - renungkan




Ahad, 1 Ogos 2010

Sejarah Penubuhan Kelas Intergrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) SK Pekan Tambunan

Wah wah nampaknya sya menjadi penyumbang pertama utk blog ini.. :)
Well, bagi pembuka bicara, elok rasanya sya memberi serba sedikit sejarah penubuhan kelas intergrasi pendidikan khas di SK Pekan Tambunan...enjoy

  • Kelas Intergrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran) SK Pekan Tambunan ditubuhkan pada 17 Januari 2000 oleh Puan Veronica Gom dibantu oleh Cik Magrit dan menempatkan 13 orang murid di bawah pentadbiran mantan guru besar, En. Arshad Zaini.
  • Kini pada tahun 2010, Kelas Intergrasi Pendidikan Khas SKPT telah berkembang dan menempatkan seramai 46 orang murid, 11 orang guru dan 3 orang pembantu pengurusan murid.
  • Pada awal penubuhan, kelas pendidikan khas menumpang di kelas di bangunan sekolah namun setahun selepas itu, kelas pendidikan khas telah dipindahkan ke bangunan sendiri yang terdiri 2 buah bilik kelas, sebuah bilik tidur, sebuah dapur, sebuah bilik rekreasi, sebuah bilik penyelaras dan 2 buah tandas lelaki.
  • Terdapat 7 buah kelas telah diwujudkan bagi menampung aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas iaitu Kelas Rafflesia, Kelas Anggerik, Kelas Mawar, Kelas Teratai, Kelas Cempaka, Kelas Melur dan Kelas Kemboja.
  • Komponen pengajaran yang diajar pada kelas pendidikan khas SK Pekan Tambunan adalah komponen Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup, Pengurusan Tingkahlaku, Pengurusan Diri, Kemahiran Manipulatif, Pendidikan Agama Islam / Moral, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni.

Nak tahu lebih lanjut lagi..sila lah hubungi SK Pekan Tambunan di nombor telefon 087 - 774 330