Cari Blog Ini

Jumaat, 20 Mei 2011

Doakan Haisah..


Assalamualaikumwarahmatullah, pada minggu lepas, kami daripada Pendidikan Khas SK Pekan Tambunan telah  pergi melihat anak murid kami yang bernama Haisah kerana dikhabarkan bahawa dia telah koma akibat barah di kepalanya (belum pasti).Alhamdulillah setibanya kami di sana, Haisah sudah sedar namun dia menangis sahaja.

         
           Sungguh hiba melihat anak murid yang comel itu menangis sedemikian. Dia baru sahaja diambil air tulang belakangnya. Kelihatan dia sangat sakit. Tangan kiri dia lemah sekali dan kaki kiri dia seakan tidak dapat bergerak lagi. Kasihan Haisah. Hanya doa dan bantuan kewangan sedikit yang mampu kami lakukan. Kami di pendidikan Khas Sk Pekan Tambunan mengharapkan Haisah sihat sepenuhnya dan kembali riang belajar bersama-sama kawan-kawan yang lain.

           Kami memohon doa pembaca-pembaca agar dapat mendoakan Haisah sembuh . Terima Kasih.