Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Mac 2011

Temasya Sukan & Olahraga PPKI Peringkat Pedalaman Atas Tahun 2011

Assalamualaikum dan Salam bloggers :)
Wah, penat tapi sangat seronok dengan anjuran Temasya Sukan kali ini.. Tahun ni, Tenom menjadi tuan rumah penganjur sebagai Temasya Sukan PPKI peringkat Pedalaman Atas :)
Pertandingan sukan kali ini hanya dibahagikan kepada dua kategori sahaja iaitu kategori junior (di bawah 14 tahun) dan kategori senior (di atas 14 tahun)...Untuk kategori junior, ada 6 acara yang dipertandingkan iaitu lari 100M, 200M, 4 X 100M, 4 X 200M, lompat jauh dan lontar peluru manakala 11 acara dipertandingkan di kategori senior iaitu 100M,200M,400M, 800M, 4X100M, 4X200M, 4X 400M, lontar peluru, rejam lembing, lempar cakera dan lompat jauh.
Bagi kategori Junior, PPKI SK Pekan Tenom telah menguasai saingan dan manakala PPKI SMK Teknik Keningau telah muncul juara kategori Senior..PPKI SK Pekan Tambunan mendapat tempat kelima bagi kategori Junior dan SMK Nambayan mendapat tenpat kedua bagi Kategori Senior...
Wah, hebat2 juga ya anak2 istimewa dari Tambunan....Adat bertanding, pasti ada yang menang dan kalah..Yang menang, tahniah cikgu ucapkan tapi yang kalah, jangan risau tahun depan cuba lagi ya :)

Jom tengok - tengok gambar mereka :)


1 ulasan: